Lebai Saad salah seorang jiran di Jalan 2 suatu ketika dahulu namun beliau tidak kekal lama untuk bersama dalam kejiranan kita, telah berpindah ke Taman yang lebih bahagia dan harmoni buat beliau barangkali, kerana pasti itulah yang beliau kejari dan hajati. InsyaAllah doakan kebahagiaan kehidupannya.
"sesungguhnya Allah Subhanahuata'la mempunyai hamba-hamba yang diciptakan mereka untuk memenuhi hajat-hajat manusia.."
"makhluk itu ke semua mereka adalah hamba-hamba Allah Subhanahuataa'la. Maka makhluk yang paling dikasihi di antara mereka kepada Allah Subhanahuataa'la ialah yang paling bermanfaat kepada hamba-hambaNya" (hadis daripada Anas daripada Nabi Muhammad Sallallahualaiwasal bersabda)
Jom, mai, mari, come lahh, sama-sama kita saling berganding bahu membangunkan ikatan persabatan dan ikatan kejiranan dan ikatan kekeluargaan di antara kita semua. Sebabnya semua di antara kita Melayu dan beragama dengan Agama Nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasalam. "Islam yang penuh kenikmatan"
No comments:
Post a Comment