Monday, July 6, 2009

Malam Yang Penuh Makna


6 hb Julai 2009 bersamaan 13hb Rejab 1430H malam yang menempa sejarah bagi Taman Impian Langat khususnya kerana malam ini adalah malam tertubuhnya satu perpaduan antara kita insyaAllah. Rukun Tetangga TIL yg diketuai oleh saudara Ruslee risda dan timbalannya Tn Haji Shuib Veteran yang perkasa. Tahniah ahli2 yang bekerja keras untuk menyatukan ummah di Taman kita khusunya Cikgu Pian, Saudara Khairil MPAJ, Man Maarus, Khalili Saudagar Parkson, Abang Hamid, Haji Adek, Dato' Asri Perkeso, Tuan Baharom, Cikgu Zul, Asri Lee, Abang Deros, Hj Pendi, ASP Atan dan yang lainnya.


Jutaan terima kasih pada saudara Khairil MPAJ, yang bertungkus lumus berurusan dgn JPN, moga jasa tuan utk penduduk TIL diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'la. Bagi Tuan Danny Hamdan yang meyokong hanya di dalam hati juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih walaupun protes yg dibuatnya begitu menkjubkan. Namun kita yakin beliau tetap menyokong sepenuhnya. Kepada yg hadir, yang ingin bersatu, yang inginkan keselamatan dan perpaduan.. terima kasih semua dari semua penduduk taman. Moga pekerjaan yang sedikit ini dikira sebagai amalan baik disisi Allah Subhana Wa Taala.

No comments: