Wednesday, June 17, 2009

KESELAMATAN TAMAN


Tuan2 semuaa.. saja nak bberkongsi maklumat dan berpesan antara kita. Pejabat Pusat Tahfiz Al-Raudah hampir berjaya dirompak pada pagi selasa lepas. Pejabatnya hampir diceroboh oleh 2 orang perompak namun menemui kegagalan apabila salah seorang murid tahfiz bangun untuk ke bilik air dan melihat tombol pintu sedang dibuka.. dan pada ketika itulah jua perrompak tadi menerkam kearah murid tersebut dan sempat mengelarr lengan budak tersebut dengan pisau dan telah mendapat kecederaan yang agak teruk, seorang lagi mangsa tercedera apabila cuba mengintai rakan beliau tersebut juga dikelar lengannya. Keduamurid tersebut kemudian dihantar ke klinik bt 14 utk mendapat rawatan. Berita ini dimaklumkan oleh pengetuan Tahfis itu sendiri malam tadi kepada saya. “Saya Tanya ustaz, apa yg ada kat pejabat tu? Sbb pelik perompak nak rompak pusat tahfiz.. tempat org hafal Al Quran. Ustaz Jawab budak2 baru masuk biasalahkan.!!.maksudnya Yuran dan pelbagai bayaran dan cash dok ada dlm simpanan kat pejabat tuu.. itulah dia.. tepat yng boleh dikatakan tempat suci kalau nak dibandingkan dengan rumah saya dan juga mungkin rumah tuan2.. nak juga dirompaknya.. apatah lagi rumah kita ni yaaa!!

JADI – “JAGA”!!?? security guard? Kat taman kita.. atau kita tunggu ada mangsa selanjutnya baru nak mengeluh “JANGAN TERATUK BARU NAK TENGADAH” mana sukarelawan jaga?, mana security guard? Mana ikhwan yang sanggup berjaga untuk taman kita? Dulu? Kini? Dan akan datang? Mana Penyatuan? Mana Ukhwah? Harap saya dan tuan2 menyimpang jauh dari sifat hipokrit.. pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kiri kanan belakang dan depan. Mana? Kalau kita sanggup lihat jiran kita “terkena” maka jom kita diamkan saja diri kita!! kita tidur lena2..senyenyak-nyenyaknya dibuai mimpi Ataupun kalau kita sanggup nak beriktiar mengawal hak kita dan jiran.. maka jom kita.. jom semua.. …atau kita bangun dan bangkit demi anak2 kelaurga tercinta dari dicerobohi. Walaupun kita berpegang dengan “kita cumalah merancang Allah Subhanahuataa’la yang menentukan semuanya” tapi sekurangnya kita sudah setingkat berusaha mencegah dengan keupayaan yang sedikit yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahuataa’la kepada kita.

Moga kita semua dipelihara keselamatan oleh Allah Subhanahuata’lla.

No comments: