Wednesday, June 4, 2008

Tamanku Tamanmu Jua


Keperihatinan kita pada jiran-jiran melalui sesi kawalan malam yang dikenakan pada setiap warga taman khususnya sang suami ataupun ketua keluarga adalah sesuatu yang harus dipandang berat oleh setiap kita yang menyedut dan menghembus udara di dalam taman kita ini. Setakat ini Alhamdulillah nampak komitment dan rasa keperihatinan itu terserlah pada warga2 yang merasai tanggung jawab sosial tersebut. Walalupun sekadar tiga jam berjaga mengharungi malam sepi bersama lampu suluh yg juga sekarang in telah diterangi oleh neon yg dipasang oleh kontraktor azahar pajero, namun ada segelintir insan yang masih jelas kehipokritan mereeka dimana tiada nampak komitmen mereka dalam hal yang diangap sebagai jihad ini. rasa sedih bila orang2 yang sama bertugas mengawasi lena tidur teman sejiran, di manakah yang lainnya?? malah ada yang sanggup berada di atas tembok di hadapan rumah mereka keseorangan memegang kayu demi menjaga keamanan dan mengawasi keselamatan jiran2. Bukalah mata? mengertilah hati? walalupun tak nampak balasan duniawi namun saya meyakini ada balasan baik pada mereka2 itu suatu hari nanti selagi mana mereka ikhlas melakukannya kerana Allah Taala. Kenapa orang boleh berjaga 3 jam seminggu antara jam 2 hingga 5, kenapa kita tak boleh? jawapan ada pada hati kita masing2 sebenarnya, maka saya menyeru pada jiranku sahabatku dan saudaraku, sama-samalah kita muhasabah diri dalam soal sebegini, soal bersama, jangan kita pentingkan diri kita sendiri, dahlah di atas dunia yang fana' ini kita bersendirian dan tentu sekali akan bersendirian lagi di alam kubur nanti. Moga apa yang kita lakukan menjadi suatu amalan baik yang dikira oleh Allah sebagai amalan kebaikan yang diredhai oleh Allah Subhanahuataa'la. Teruskan usaha murni ini dan sama-samalah kita pesan memesan antara kita agar kita tidak leka kerana keasyikan kita mengejar keduniaan dan wajib bagi kita mengetahui siapa sebelah menyebelah rumah kita yg dianggap "JIRAN" itu.


Wallahua'lam.

budak kaca mata

3 comments:

Anonymous said...

Sememangnya benar katamu wahai budak kaca mata.. Sesungguhnya wakil jalan 4 begitu beristiqamah walaupun mereka sendirian.. Hebat sunggh mereka itu... Aku kagum dengan mereka walaupun mereka sedikit.. tetapi keseorangan di penghujung jalan dirumah mereka di pagi yang dingin adalah amat mengagumkan buatku.. Bayangkan lah kalau kita seperti mereka... Rasanya aku tak sanggup.. MUngkin jalan 1 dan 2 boleh bersyukur dengan komitmen jiran-jiran yang masih lagi konsisten setakat ini... tetapi jalan 4 pada aku jauh lebih hebat... persoalannya siapakah yang mampu menyatukan kita kembali...? Siapa?
Ikhlas.. AZFARS' DAD

Anonymous said...

setuju sangat dgn pendapat ayah azfars tu, tidak keseorangan kita sebenarnya, cuma masa dan ketika memisahkan kebersamaan itu, yang jelas komitment ada, sama ada tersirat mahupun tersurat. dalam soal ini kita tak perlu menyiratkan koitmen kita kita harus cergas, mengambil anggungjawab tersebut. siapakah gerangan insan mulia jalan 4 itu, hebat rasanya dari cerita tuan itu, tahniah buatnya, kalaulah semua orang semacam dia.. maka kita pasti bersatu. rasanya perdana 7772 tu kot. Maka jom kita tiru macam dia!! cuma dalam konsep penyatuan bukan bersendirian. Jangan salah tafsir tulisan saya ini maksud saya adaah lebin anggun kalau kita sma2 membantu insan keseoranan itu mengolahkan suasana malam. jangan biarkan dia sendirian.. sama-samalah kita. Jommmmmm

ikhlas juga
saloma

Anonymous said...

Saya, on behalf of ibu2 impian langat, ingin mengucapkan berbyk2 terima kasih kepada bapa2 tmn ini yg tlh mengorbankan 3 jam setiap minggu semata2 ingin menjaga keselamatan dan keharmonian tmn ini. Jikalau selama ini, "buah hatiku" kerap berjaga mlm sendirian di rumah semata2 tidak mahu kejadian yg tidak diingini berlaku ke atas keluarga kami, kini tidurnya lena dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas malamnya sekali seminggu. Betapa besarnya pahala kalian semua yg tak dapat kami penduduk impian langat membalasnya. Semoga Allah merahmati kalian dan keluarga kalian.
Kepada yg menjalankan tugas dgn jaya dan ikhlas, Bravo!!!!...kami para ibu ucapkan.