
siapa tahu di atas sana tu ada langit berlapis-lapis nan teramat tinggi, tak terdaya memikirkan akan ketinggiannya, tahukan kita setiap langkah yang kita bertapak dibumi ini kita sedang menjunjung langit yang tinggi itu. Siapa penciptanya? siapa tahu? Namun yang penting dan wajib bagi kita untuk mengetahui siapa empunya langit itu?
1 comment:
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Kekadang tidak dapat dibayangkan betapa singkatnya
hidup di dunia ini berbanding dengan akhirat yang
kekal abadi. Di sini saya hendak cuba bayangkan Insya
Allah.
Cuba bayangkan betapa kecilnya dunia ini berbanding
dengan alam semesta.
Kita tahu angkasawan kita Sheikh Muzaffar
terbang lebih kurang 400 km dari bumi .... berapakah
jauh bulan dari bumi. Nescaya ada yang jawab 500 km,
600 km dan 1000 km.
Tapi jawapannya 380,000 km. Boleh bayangkan tak berapa
jauhnya bulan ini... 1000 kali pergi dan balik JB dan
KL (anggaran 380 km jarak dari JB ke KL)
Jauh maaaaaaa (wa bukan china). Tapi itu belum planet lain seperti Marikh dan Jupeter. Dan bila
kita pergi jauh dari itu, kita akan nampak Galaxy -
nama galaxy kita - Bima Sakti. Tahukah anda ada berapa
Galaxy dalam alam semesta. Ada yang jawab 8, ada yang
jawab 9. Anggaran para saintis 200 hingga 300 billion
galaxy dalam alam semesta ini.
Cuba bayangkan betapa kecilnya bumi ini dibandingkan
dengan alam semesta. Betapa kecilnya kita yang memijak bumi ini berbanding dgn bilionan planet di alam ini, lagilah betapa kerdilnya kita dibandingkan dengan kekuasaan Allah subhanahuataa'la. Adakah alam yang serba teratur dan hebat ini terjadi dengan sendirinya atau ada Pencipta dan Pentadbirnya? moga kita dapat pengetahuan dari perkhabaran ini.
Kemudian, marilah kita bayangkan - betapa singkatnya 65 tahun hidup kita di bumi ini berbanding dengan
hidup kita di akhirat kelak. Namun ramai manusia enggan memikirkan hal-hal seumpama ini, sehingga
tergamak mengorbankan akhiratnya dengan melakukan maksiat dan mengabaikan Allah subhanahuataa'la di bumi yang fana ini. Alangkah ruginya manusia seumpama ini. Ini
disebut oleh Allah subhanahuataa'la dalam surah Al A'la:
"Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan
beriman) dan mengingati nama Tuhannya, lalu
bersembahyang. Sedangkan kamu (orang-orang kafir)
memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu
lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la : 14 - 17)
Moga peringatan yang ringkas ini ada manafaatnya bagi
kita semua.
Wallahua'lam
jiranmu
budak kaca mata
Post a Comment