Thursday, June 26, 2008

Saat Kijang Melompat


Khamis sekitar jam 2.55 pagi, saya dengan chiff cheff sham jln 2 dengan lompatan seekor binatang yang kekuningan merempuh hutan takkala ketika kami meronda di kawasan hujung bungolow sebelah takungan air. Pada masa tu teramatlah suspennya kami dengan binatang tu, sebab selama 3 bulan kami meronda kawasan yang sama namun tiada pernah ketemu dengan binatang liar seumpama itu, walaupun ada satu group yg pernah jumpa ular sawa sepanjang 3 meter, bagi saya itu perkara biasa. Ini kalau si kijang @ pelanduk yg jumpa belakang rumah tu.. satu benda yang luar biasa bagi saya mungkin tidak tuan puan. (tuan2 boleh refer dekat buku laporan kawalan dimana waktu dan tempat kejadian tu ada dilaporkan secara lengkap di situ.


Apakah mesej yang saya ingin cuba sampaikan hanyalah berkongsi "rasa" terharu dengan kurniaan Allah Subhanahuataa'la kepada kita semua yang hidup di Taman ini yang walaupun di zaman yg penuh teknologi terkini, zaman yang penuh kesibukan bersaing mengharungi kehidupan, zaman yang penuh dengan pelbagai pancaroba dan zaman minyak Rm2.70, namun jangan lupa kita masih lagi sentiasa didampingi dengan makhlu2 ciptaan tuhan disekeliling kita yang pada mereka penuh dengan nikmat dan hikmah yang sama2 patut memikirkannya akan kekuasaan Penciptanya.

No comments: