Thursday, June 5, 2008

Mercu Keamanan Taman


Inilah dia pondok kawalan keselamatan yang telah dibina dan bakal siap tak lama lagi. Ianya diharap akan menjadi mercu tanda atau lambang keharmonian, semangat kejiranan, kebersamaan, ketenangan dan tolak ansur.

Walaupun nampak janggal di mana ianya dibina di atas tapak tanah milik orang namun kita memohon keampunan dari Allah Subhanahuataa'la yang maha pengampun lagi maha mengasihani agar niat murni hati kita direstui dan diredhaiNya. Kita juga mengharapkan restu dari tuan tanah agar bilamana mereka mengetahuinya nanti agar mereka membalas dengan kebaikan atas kebiadaban kita meneroka tanah yang peenuh semak samun itu. Bagi penduduk taman yang dikasihi sekalian sekiranya tuan2 ingat, tapak pondok itu suatu ketika dahulu adalah belukar, sarang ular berbisa, lipan, kala jenking, cencurut dan yang paling bahaya tempat itu telah dijadikan tapak skodeng sekempulan perompak yg telah merompak rumah no 21 jln 1 suatu ketika dahulu. Namun tapak itu alhamdulillah akan jadi tapak keamanan. Moga tuan2 tidak berburuk sangka atas apa yang ada di atas tapak tersebut pada ketika ini, moga kita dijauhkan sifat hipokrit yag mementing diri sendiri, pondok itu adalah milik semua, milik anda dan milik kita, sesiapa jua yang inginkan keamanan tidak terhad kepada golongan tua atau muda dan juga jentina . Tidak ada niat untuk tapak itu dimiliki dan dijadikan kepentingan peribadi, ianya tak lain dan tak bukan adalah untuk kepentingan jiranku sahabatku dan keluargaku.

InsyaAllah kita sama2 memohon keampunan sekali lagi dari Allah Subhanahuataa'la agar memberi keampunan sekiranya perbuatan kita itu mengundang dosa disisiNya. insyaAllah tidak.

wallahua'lam
budak kaca mata

No comments: