Wednesday, June 18, 2008

Kelas Al-Quran di Bidayatul Hidayah


Untuk makluman semua.. sudah hampir 3 tahun lebih kelas pengajian alQuran diadakan di surau di Taman kita ni, setiap hari Selasa Malam Rabu selepas Maghrib. Dulunya melebihi 20 orang murid, namun Alhamdulillah sehingga kini kekal dalam 11 orang lebih. Kelas ini adalah kelas orang2 tua dan dewasa. dikenali sebagai kelas TAJWID. Ustaz yang mengajarnya adalah Imam Masjid Dusun Tua, Ustaz Mad. Seorang Pakar Tajwid yang disegani dekat ini yang bermurah hati menurunkan ilmu kepada murid2 nya. Sesiapa yang ingn turut serta dalam kelas ini masih dialu-alukan. tiada bayaran dikenakan kecuali siapa yang ikhlas yang mahu memberikan hadiah dalam bentum RM, silakan berbuat demikian kepada ketua kelas Ustaz Man Maarus.

Untuk makluman, anak2 murid yang senior, Ustaz Man, Ustaz Zul, Ustaz Hadi, Ustaz Hj Manaf, Ustaz Yusof, Ustaz Zawawi, Ustaz Shah, Ustaz Azizi, Ustaz Lokman, Ustaz Alias, Ustaz Adek, Ustaz ACN, Ustaz dari Nanding seorang.

No comments: